Keluruhan Perlembagaan
Pengenalan
Dalam
sinopsis ini, kami telah memilih konsep keluruhan perlembagaan.Melalui ini kami
dapat mengetahui tentang undang-undang Utama Persekutuan, Ketertinggian
Perlembagaan, Pindaan Perlembagaan dan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.Undang-undang
Utama Persekutuan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa
undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan
Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.Ketertinggian Perlembagaanmerupakan
undang-undang yang tertinggi.Selain itu, undang-undang itu tidak boleh
bercanggah dengan perlembagaan.Manakala Pindaan Perlembagaan pulademi
kepentingan rakyat dan negara.Sungguh pun bengitu pindaan perlembagaan Malaysia
tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.Akhirnya, Secara dasarnya, terdapat beberapa persamaan
di antara dua dokumen penting ini.Dan untuk menegakkan dan mentafsir maksud
perlembagaan-perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan dan pihak judisiari
dipertanggungjawabkan.
Antara persamaannya ialah peruntukan kuasa eksekutif dan kuasa
legislatif, kebebasan anggota badan legislatif, kaedah pindaan perlembagaan,
Ketua Negeri bertinak di atas nasihat Ketua Kerajaan.
Pengenalan
Perlembagaan
Perlembagaan
Malaysia dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan.Perlembagaan Persekutuan
asalnya digunakan untuk seluruh Semenanjung Malaysia (1957) dan kemudiannya
diperluaskan ke Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua negeri itumenyertai
Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perlembagaan Persekutuan digubal oleh
suruhanjaya reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William
Mckell (Australia), B.Malik dan Hakim A.Hamid. Perlembagaan Persekutuan yang
asal mengandungi 14 perkara dengan 181 perkara tetapi pada tahun 1984, pindaan
telah dibuat dengan menambah 1 lagi bahagian dengan 2 perkara, menjadikannya 15
bahagian dengan 183 perkara. Perlembagaan juga dikenali sebagai suatu kumpulan
peraturan atau set undang-undang utama yang menentukan system kerajaan, pembahagian
kuasa, peranan dan fungsi organisasi tertinggi negara, hak-hak rakyat dan
pelbagai perkara yang lain.
Undang-undang Utama Perlembagaan
(1) Perlembagaan ini ialah undang-undang utama
Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang
tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan
itu.
(2) Kesahan mana-mana undang-undang tidak
boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
(a) undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas
hak tetapi tidak berhubungan dengan
perkara-perkara yang disebut.
(b) undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang
disebut tetapi sekatan-sekatan itu
tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh
Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut
(3) Kesahan mana-mana undang-undang yang
dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan mana-mana Negeri tidak
bolehdipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat
peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara
yang berkenaandengannya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,Badan
Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untukmembuat undang-undang,
kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang
itu adalahtidak sah atas alasan itu atau—
(a) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen,
dalamprosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa
Negeri;
(b) jika undang-undang itu telah dibuat oleh BadanPerundangan
sesuatu Negeri, dalam prosiding antaraPersekutuan dengan Negeri itu.
(4) Prosiding untuk mendapatkan penetapan
bahawa sesuatuundang-undang adalah tidak sah atas alasan
Ketertinggian
Perlembagaan
Perlembagaan
merupakan suatu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan
pemerintahan negara.Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau
sumber rujukan perundangan tertinggi negara. Konsep
ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh
mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan.Hal ini dikenali sebagai keluhuran
perlembagaan.Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal
oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua
rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan.
Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan
adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.
Pindaan
Perlembagaan
Perlembagaan
Persekutuan boleh dipinda, iaitu sama ada dibuat penambahbaikan, atau
dimansuhkan. Terdapat syarat untuk melakukan pindaan iaitu:
1.
Pindaan dibuat di Parlimen dengan mendapat sokongan dua per tiga daripada
jumlah ahli Parlimen.
2.
Pindaan dibuat dengan sokongan terlebih dahulu Majlis Raja-Raja Melayu atau
Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak sebelum sokongan dua pertiga ahli
Parlimen.
Perlembagaan Persekutuan dan Negeri
Sistem Persekutuan yang diamalkan di Malaysia menghasilkan 3 peringkat
kerajaan – kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.Daripada
tiga peringkat ini, terdapat dua “undang-undang asas” yang terdapat di Malaysia
iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri/Undang-Undang Tubuh
Negeri.
Secara dasarnya, terdapat beberapa persamaan di antara dua dokumen
penting ini.Dan untuk menegakkan dan mentafsir maksud perlembagaan-perlembagaan
ini, Mahkamah Persekutuan dan pihak judisiari dipertanggungjawabkan.
Antara persamaannya ialah peruntukan kuasa eksekutif dan kuasa
legislatif, kebebasan anggota badan legislatif, kaedah pindaan perlembagaan,
Ketua Negeri bertinak di atas nasihat Ketua Kerajaan.
Terdapat juga perbezaannya tersendiri.Paling ketara ialah perlembagaan
negeri tidak memperuntukkan sistem kehakiman sivil di peringkat negeri.
Seterusnya, ia juga tidak memperuntukkan perlantikan sebarang jenis suruhanjaya
di peringkat negeri. Juga, kuasa mengisytiharkan Darurat adalah dengan Yang
DiPertuan Agong di atas nasihat Jemaah Menteri sahaja.
SUMBER
RUJUKAN
Sumber rujukan kami adalah daripada buku teks
Pengajian Malaysia dan juga daripada internet.
PENGAJARAN
PENGAJARAN
Sejarah juga
dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah sebagai rangka
rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman.
Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesalahan dan kelemahan yang menjadikan sesebuah negara itu mudah dijajah pemikiran, budaya dan negaranya.
Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesalahan dan kelemahan yang menjadikan sesebuah negara itu mudah dijajah pemikiran, budaya dan negaranya.
Oleh itu, sewajarnya langkah kerajaan memperkenalkan semula mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat penting dalam kelulusan peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Langkah ini bukan saja menjadikan mata pelajaran Sejarah akan dipelajari dengan bersungguh-sungguh malah akan difahami dan dihayati secara mendalam.
Sebenarnya, mata pelajaran Sejarah dapat memupuk jati diri, akal budi, semangat cintakan tanah air yang mendalam kepada setiap pelajar.Ia juga mempunyai kaitan dengan prinsip kedua dan ketiga dalam Rukun Negara iaitu melalui pelajaran Sejarah akan dapat memupuk kesetiaan kepada raja dan negara serta memahami keluhuran perlembagaan.
Kesetiaan kepada negara adalah jiwa kebangsaan kita. Melalui semangat kesetiaan dari sanubari seseorang itu akan lahir rasa setia kepada raja dan tanah airnya yang sekali gus mampu menyatukan kita semua daripada pelbagai rumpun menjadi satu bangsa bersatu padu.
Melalui pelajaran Sejarah juga seseorang itu akan memahami keluhuran perlembagaan negara yang memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat di negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warga negara. Selain itu, dapat memahami bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
Perlembagaan juga meletakkan rasa tanggungjawab dan kewajipan warga negara yang mendukungnya.Sejajar dengan itu, setiap warga negara harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju dalam segenap bidang.
10
Oleh sebab perlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat mana-mana pihak.
Perlembagaan negara juga adalah sumber rujukan kepada semua perkara berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio ekonomi rakyat Malaysia. Mereka yang tidak memahami sejarah saja akan mempertikaikannya.
Begitulah pentingnya mata pelajaran Sejarah di sekolah dapat mendidik, memberi kefahaman dan pengetahuan kepada rakyatnya apabila dewasa.
Dasar Pendidikan Kebangsaan telah terbukti dapat melahirkan masyarakat bersatu padu sehingga ke hari ini.
Melalui pendidikan juga dapat menyemai semangat patriotisme iaitu perasaan cinta terhadap tanah air yang dapat dididik dan diterapkan dalam hati dan jiwa pelajar.Perasaan ini perlu wujud dalam hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
Sehubungan itu, semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni.Melalui pendidikan, berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, pelajar dibimbing untuk menganalisis peristiwa dan menilai fakta sejarah secara rasional.
Daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, pelajar dapat membina kekuatan dalam diri dengan semangat cintakan negara.
Mereka akan memberikan perkhidmatan dan bertugas di negara ini atas rasa cinta kepada negara yang tidak berbelah bagi.
Setiap rakyat Malaysia disarankan berusaha ke arah menjadikan negara maju mengikut acuan kita sendiri.Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan mengenai sejarah dunia luar supaya berkemampuan untuk bersaing dengan mereka.
Dalam era
globalisasi, persaingan tidak dapat dielakkan kerana kuasa politik dan ekonomi
dikuasai orang yang berilmu dan bermaklumat.
Adalah penting pendidikan Sejarah memperkenalkan pelajar kepada dunia luar menerusi kurikulum futuristik yang turut menekankan kepada pendidikan bertaraf dunia yang berkait rapat dengan teknologi maklumat dan komunikasi.
Semangat daya tahan perlu disuburkan di jiwa pelajar.Menerusi kemahiran pembelajaran, pemahaman dan pemikiran sejarah berupaya menyediakan individu pelajar dalam mempelajari sesuatu yang baru, memahaminya dengan mendalam, dan memilih maklumat yang penting dan relevan.
Pendidikan Sejarah juga sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik, dilakukan melalui pendekatan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif dan berterusan.Sehubungan itu, sejarah sebagai satu cabang ilmu perlu ditekankan sebagai ilmu yang praktikal dalam kehidupan seharian bagi memupuk dan membentuk rakyat Malaysia berjiwa patriotik.
Melalui pendidikan Sejarah, kita bukan saja mempelajari riwayat hidup mereka yang berjaya dan agung.Malah, kita juga belajar bagaimana sesebuah negara itu terbentuk dan merdeka seterusnya menjadikan rakyatnya hidup dalam aman dan sejahtera.
Apa yang kita pelajari daripada sejarah menunjukkan kepada kita yang kehidupan ini melalui liku dan zaman. Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang pernah kita alami sebelumnya.
Sejarah mestilah ditulis dengan tepat, benar dan tidak dipengaruhi politik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), guru seharusnya dapat menjadikan Sejarah itu hidup, menyeronokkan dengan penggunaan teknologi terkini supaya minat pelajar terhadap sejarah dapat dipertingkatkan.
Selanjutnya,
proses perpaduan kaum di Malaysia dapat ditingkatkan jika semua rakyat memahami
dan menghayati sejarah negara ini. Perpaduan masyarakat juga dapat dikukuhkan
bagi menghadapi cabaran baru yang sedang dihadapi akibat perubahan yang dibawa
arus dan proses globalisasi.
KESIMPULAN
Semua
pihak hendaklah terus mempertingkatkan usaha-usaha menyokong kerajaan bagi
menangani cabaran-cabaran terutamanya yang timbul akibat daripada kelembapan
ekonomi global. Ini kerana tanpa sokongan padu semua pihak segala usaha
tersebut tidak akan berjaya.
kap dan
berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai-pegawai yang profesional,
berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang.
Justeru,
bagi menarik golongan tersebut berkhidmat, SPRM akan menyediakan skim
perkhidmatan dan saraan yang lebih baik. Skim baru ini merupakan satu bentuk
pengiktirafan kepada pegawai-pegawai SPRM di atas peranan dan sumbangan penting
mereka dalam meningkatkan integriti dan membanteras jenayah rasuah di negara
ini.
Penubuhan
SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan beta
berpegang pada janji-janjinya. Beta yakin kedua-dua suruhanjaya tersebut akan
meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi-institusi
tersebut. Langkah kerajaan ini akan memantapkan lagi agenda integriti negara
dan seterusnya melonjakkan martabat negara di persada antarabangsa.
Modal
insan yang berkualiti adalah amat penting kepada pembangunan negara. Justeru
kerajaan beta telah memperkenalkan Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Pelan Strategik Pengajian
Tinggi Negara, Pelan Induk Latihan Pembangunan Kemahiran Pekerja Malaysia dan
Pelan Strategik Pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan modal insan yang
berkualiti.
Usaha-usaha
memperluaskan pendidikan prasekolah akan terus dilaksanakan bagi memastikan
peluang pendidikan diperoleh lebih awal. Di samping itu, transformasi kurikulum
prasekolah dan sekolah rendah akan dilaksanakan agar lebih relevan dengan
keperluan semasa dan akan datang. Beta menyeru agar semua pihak termasuk ibu
bapa, masyarakat, badan bukan kerajaan dan badan korporat memainkan peranan
membantu para pendidik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sehingga ke
peringkat antarabangsa.
Dalam
bidang pengajian tinggi, kerajaan beta telah menetapkan 18 agenda utama untuk
dilaksanakan di bawah tujuh teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara.
Antara agenda yang sedang dilaksanakan termasuklah Program Apex, MyBrain 15,
kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat, pengantarabangsaan dan beberapa
program lain yang akan dapat melonjakkan institusi pengajian tinggi awam ke
tahap yang lebih cemerlang. Ini selaras dengan matlamat untuk mewujudkan
masyarakat Malaysia yang memiliki minda kelas pertama.
Pada masa
ini, 41 peratus daripada penduduk negara terdiri daripada golongan belia iaitu
yang berumur antara 15 hingga 39 tahun. Justeru, masa depan negara bergantung
kepada golongan ini. Cabaran untuk membangunkan golongan belia kini bukan hanya
tertumpu kepada aspek latihan dan pekerjaan, bahkan negara memerlukan belia
yang berintegriti, memiliki identiti diri yang positif, berdaya saing dan
cintakan negara. Sehubungan itu, jangkauan program kepada seluruh warga belia
akan dipertingkatkan.
Dalam
usaha membangunkan modal insan di luar bandar, Pelan Tindakan Desa yang
bertujuan mengupayakan masyarakat luar bandar telah disediakan dengan
penyertaan mereka sendiri.Beta menyeru agar semua agensi kerajaan bekerjasama
bagi menjayakan pelan tersebut.
Kesihatan
mental dan fizikal adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Rakyat yang sihat
dan cergas boleh membawa kepada peningkatan produktiviti dan kesejahteraan
keluarga. Justeru, beta menyeru supaya rakyat mengamalkan gaya hidup sihat,
bersukan dan menjaga kebersihan persekitaran untuk menghindar penyakit-penyakit
kronik dan berjangkit.
Menyedari
pentingnya memelihara alam sekitar, kerajaan beta akan terus berusaha dengan
lebih gigih untuk menangani kemerosotan kualiti udara, air dan persekitaran.
Usaha-usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk orang ramai, para
pengusaha ladang dan ternakan serta pihak industri demi kesejahteraan generasi
masa kini dan akan datang.
Sumber
tenaga yang terjamin adalah salah satu ciri sebuah negara maju. Sehubungan ini,
usaha-usaha akan diambil untuk memanjangkan jangka hayat bekalan sumber tenaga
fosil sedia ada dan pada masa yang sama meningkatkan penggunaan sumber tenaga
alternatif dan tenaga boleh diperbaharui.
Dalam
bidang pengangkutan, kerajaan beta akan mempertingkatkan kecekapan pengangkutan
awam serta berusaha mengurangkan kemalangan. Di samping itu, beta berharap para
pengusaha pengangkutan awam akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan demi
keselesaan dan keselamatan para penumpang.
Kerajaan
beta juga prihatin kepada golongan kurang upaya dan telah mula mempertingkatkan
kemudahan yang mesra orang kurang upaya. Penyediaan kemudahan tersebut akan
dilaksanakan secara berperingkat. Di samping itu, kerajaan beta sedang
mempertingkatkan penyertaan orang kurang upaya dalam sektor awam dengan
memperuntukkan satu peratus daripada jumlah keseluruhan anggota perkhidmatan
awam kepada mereka. Beta berharap langkah ini akan diikuti oleh sektor swasta.
Dasar luar
Malaysia sentiasa berpaksikan kepada usaha mempertahankan kemerdekaan dan
kedaulatan negara.Sepanjang tahun 2008, kepentingan Malaysia telah berjaya
diketengahkan dan dilindungi di peringkat antarabangsa melalui amalan diplomasi
yang proaktif.Malaysia telah berjaya mengukuhkan kerjasama dua hala dengan
negara-negara sahabat dan kerjasama serantau terutamanya dengan ASEAN yang kini
semakin maju sebagai badan serantau.
Kerjasama
pelbagai hala dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa juga bertambah mapan,
terutama dengan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Pertubuhan Persidangan
Islam, Komanwel serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Penglibatan Angkatan
Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sebagai pasukan pengaman di serata
dunia mencerminkan iltizam Malaysia kepada keharmonian masyarakat antarabangsa.
Lawatan-lawatan
negara ke Kemboja, Laos dan Kuwait yang telah beta sempurnakan pada tahun 2008
telah menyumbang kepada kesuburan, keakraban dan pengukuhan hubungan-hubungan
ini. Beta berbangga suara dan pandangan Malaysia dalam menyorot kepentingan
negara di peringkat antarabangsa sentiasa diiktiraf dan dihormati oleh
masyarakat dunia.
Pengiktirafan
dan penghormatan kepada negara dapat dilihat dengan kepercayaan masyarakat
antarabangsa yang menyokong Malaysia menjayakan penganjuran beberapa mesyuarat,
persidangan dan forum penting dunia pada tahun 2008 termasuklah Forum Ekonomi
Dunia dan Sidang Kemuncak Lapan Negara-Negara Membangun. Ini melambangkan
bahawa dasar-dasar Kerajaan Malaysia diterima pakai bagi kepentingan masyarakat
antarabangsa.
Beta
maklum dan menggalakkan daya usaha kerajaan beta untuk menjayakan beberapa lagi
inisiatif antarabangsa pada tahun ini dalam bidang penerangan dan diplomasi
awam, persidangan hak asasi manusia dan sebagainya.Beta menyeru semua petugas
di Kedutaan Malaysia di seberang laut supaya bertugas sebagai satu pasukan di
bawah panji negara.
Kerajaan
beta sentiasa siap siaga berinteraksi supaya negara-negara kecil khususnya
tidak ditindas atau ditekan atas alasan-alasan yang membelakangkan
undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Justeru, tindakan kerajaan
beta mengadakan sidang khas Parlimen pada 12 Januari 2009 untuk mengutuk
tindakan Israel menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah tindakan
yang tepat.
Beta berbangga
di atas kejayaan Malaysia mengusulkan supaya diadakan sesi khas Perhimpunan
Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan serangan Israel ke
atas Semenanjung Gaza.
Penghantaran
bantuan perubatan serta sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia pelbagai
kaum dan agama menyerlahkan lagi keprihatinan negara terhadap keamanan dan
keselamatan sejagat amnya dan nasib rakyat Palestin khasnya.
Beta
menyeru semua golongan rakyat tanpa mengira fahaman politik berganding bahu dan
saling bekerjasama memajukan negara yang kita kasihi. Semua pihak termasuk
parti-parti politik perlu menunjukkan kebijaksanaan dan kematangan serta tidak
melakukan apa jua tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan dan pembangunan
ekonomi negara.
Beta ingin
mengingatkan sekali lagi supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat menunjukkan
perilaku yang terpuji dalam Dewan yang mulia ini. Beta amat sedih dengan
perilaku yang tidak sepatutnya di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat pada sesi
yang lalu yang memberi imej negatif kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan
ini khususnya serta negara amnya. Sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat
hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan.
Sebelum
beta mengakhiri titah ini, beta maklum bahawa Mamanda Perdana Menteri akan
menyerahkan kepimpinan negara kepada Mamanda Timbalan Perdana Menteri pada
bulan hadapan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003.
Sehubungan
ini, beta merakamkan penghargaan kepada Mamanda Perdana Menteri, Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas kepimpinan dan segala
sumbangan terutamanya dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti,
pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam
Hadhari.
Beta
berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan
negara dapat diteruskan.
Akhir
titah, beta juga merakamkan penghargaan kepada Ahli-Ahli Dewan Negara,
Ahli-Ahli Dewan Rakyat, anggota-anggota perkhidmatan awam, Angkatan Tentera
Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan seluruh rakyat jelata yang telah
bersama-sama menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran serta keselamatan negara
yang kita cintai.
Semua
pihak hendaklah terus mempertingkatkan usaha-usaha menyokong kerajaan bagi
menangani cabaran-cabaran terutamanya yang timbul akibat daripada kelembapan
ekonomi global. Ini kerana tanpa sokongan padu semua pihak segala usaha
tersebut tidak akan berjaya.