Isnin, 29 September 2014


Keluruhan Perlembagaan




Pengenalan
Dalam sinopsis ini, kami telah memilih konsep keluruhan perlembagaan.Melalui ini kami dapat mengetahui tentang undang-undang Utama Persekutuan, Ketertinggian Perlembagaan, Pindaan Perlembagaan dan Perlembagaan Persekutuan dan Negeri.Undang-undang Utama Persekutuan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.Ketertinggian Perlembagaanmerupakan undang-undang yang tertinggi.Selain itu, undang-undang itu tidak boleh bercanggah dengan perlembagaan.Manakala Pindaan Perlembagaan pulademi kepentingan rakyat dan negara.Sungguh pun bengitu pindaan perlembagaan Malaysia tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya.Akhirnya, Secara dasarnya, terdapat beberapa persamaan di antara dua dokumen penting ini.Dan untuk menegakkan dan mentafsir maksud perlembagaan-perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan dan pihak judisiari dipertanggungjawabkan.
Antara persamaannya ialah peruntukan kuasa eksekutif dan kuasa legislatif, kebebasan anggota badan legislatif, kaedah pindaan perlembagaan, Ketua Negeri bertinak di atas nasihat Ketua Kerajaan.

Pengenalan Perlembagaan

Perlembagaan Malaysia dinamakan sebagai Perlembagaan Persekutuan.Perlembagaan Persekutuan asalnya digunakan untuk seluruh Semenanjung Malaysia (1957) dan kemudiannya diperluaskan ke Sabah dan Sarawak selepas kedua-dua negeri itumenyertai Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. Perlembagaan Persekutuan digubal oleh suruhanjaya reid yang diketuai oleh Lord Reid, Sir Ivor Jenning, Sir William Mckell (Australia), B.Malik dan Hakim A.Hamid. Perlembagaan Persekutuan yang asal mengandungi 14 perkara dengan 181 perkara tetapi pada tahun 1984, pindaan telah dibuat dengan menambah 1 lagi bahagian dengan 2 perkara, menjadikannya 15 bahagian dengan 183 perkara. Perlembagaan juga dikenali sebagai suatu kumpulan peraturan atau set undang-undang utama yang menentukan system kerajaan, pembahagian kuasa, peranan dan fungsi organisasi tertinggi negara, hak-hak rakyat dan pelbagai perkara yang lain.


Undang-undang Utama Perlembagaan



(1)  Perlembagaan ini ialah undang-undang utama Persekutuan dan apa-apa undang-undang yang diluluskan selepas Hari Merdeka yang tidak selaras dengan Perlembagaan ini adalah tidak sah setakat ketidakselarasan itu.

(2) Kesahan mana-mana undang-undang tidak boleh dipersoalkan atas alasan bahawa—
(a) undang-undang itu mengenakan sekatan-sekatan ke atas hak  tetapi tidak berhubungan dengan perkara-perkara yang disebut.
(b) undang-undang itu mengenakan mana-mana sekatan yang disebut tetapi sekatan-sekatan itu
tidak disifatkan perlu atau suai manfaat oleh Parlimen bagi maksud-maksud yang disebut
(3) Kesahan mana-mana undang-undang yang dibuat oleh Parlimen atau Badan Perundangan mana-mana Negeri tidak bolehdipersoalkan atas alasan bahawa undang-undang itu membuat
peruntukan berkenaan dengan apa-apa perkara yang berkenaandengannya Parlimen atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,Badan Perundangan Negeri itu tidak mempunyai kuasa untukmembuat undang-undang, kecuali dalam prosiding untuk mendapatkan suatu penetapan bahawa undang-undang itu adalahtidak sah atas alasan itu atau—
(a) jika undang-undang itu telah dibuat oleh Parlimen, dalamprosiding antara Persekutuan dengan satu atau beberapa
Negeri;
(b) jika undang-undang itu telah dibuat oleh BadanPerundangan sesuatu Negeri, dalam prosiding antaraPersekutuan dengan Negeri itu.
(4) Prosiding untuk mendapatkan penetapan bahawa sesuatuundang-undang adalah tidak sah atas alasan

Ketertinggian Perlembagaan
Perlembagaan merupakan suatu dokumen undang-undang tertinggi yang menjadi rujukan pemerintahan negara.Ia juga dikenali sebagai sumber segala perundangan atau sumber rujukan perundangan tertinggi negara. Konsep ketertinggian perlembagaan ialah tiada undang-undang lain yang boleh mengatasi perkara-perkara dalam perlembagaan.Hal ini dikenali sebagai keluhuran perlembagaan.Mahkamah berkuasa membatalkan mana-mana undang-undang yang digubal oleh mana-mana statut apabila bertentangan dengan perlembagaan. Oleh itu, semua rang undang-undang hendaklah tertakluk kepada kehendak-kehendak perlembagaan. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya, setakat mana yang bertentangan itu.

Pindaan Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan boleh dipinda, iaitu sama ada dibuat penambahbaikan, atau dimansuhkan. Terdapat syarat untuk melakukan pindaan iaitu:
1. Pindaan dibuat di Parlimen dengan mendapat sokongan dua per tiga daripada jumlah ahli Parlimen.
2. Pindaan dibuat dengan sokongan terlebih dahulu Majlis Raja-Raja Melayu atau Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak sebelum sokongan dua pertiga ahli Parlimen.



















Perlembagaan Persekutuan dan Negeri












Sistem Persekutuan yang diamalkan di Malaysia menghasilkan 3 peringkat kerajaan – kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri dan kerajaan tempatan.Daripada tiga peringkat ini, terdapat dua “undang-undang asas” yang terdapat di Malaysia iaitu Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri/Undang-Undang Tubuh Negeri.
Secara dasarnya, terdapat beberapa persamaan di antara dua dokumen penting ini.Dan untuk menegakkan dan mentafsir maksud perlembagaan-perlembagaan ini, Mahkamah Persekutuan dan pihak judisiari dipertanggungjawabkan.
Antara persamaannya ialah peruntukan kuasa eksekutif dan kuasa legislatif, kebebasan anggota badan legislatif, kaedah pindaan perlembagaan, Ketua Negeri bertinak di atas nasihat Ketua Kerajaan.


Terdapat juga perbezaannya tersendiri.Paling ketara ialah perlembagaan negeri tidak memperuntukkan sistem kehakiman sivil di peringkat negeri. Seterusnya, ia juga tidak memperuntukkan perlantikan sebarang jenis suruhanjaya di peringkat negeri. Juga, kuasa mengisytiharkan Darurat adalah dengan Yang DiPertuan Agong di atas nasihat Jemaah Menteri sahaja.









SUMBER RUJUKAN
Sumber rujukan kami adalah daripada buku teks Pengajian Malaysia dan juga daripada internet.








LAMPIRAN






PENGAJARAN
PENGAJARAN
Sejarah juga dapat mewujudkan ingatan bersama terhadap peristiwa sejarah sebagai rangka rujukan kesedaran kebangsaan dan persefahaman.

Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesalahan dan kelemahan yang menjadikan sesebuah negara itu mudah dijajah pemikiran, budaya dan negaranya.

Oleh itu, sewajarnya langkah kerajaan memperkenalkan semula mata pelajaran di peringkat sekolah rendah dan mewajibkan mata pelajaran Sejarah sebagai syarat penting dalam kelulusan peperiksaan Sijil pelajaran Malaysia (SPM). Langkah ini bukan saja menjadikan mata pelajaran Sejarah akan dipelajari dengan bersungguh-sungguh malah akan difahami dan dihayati secara mendalam.

Sebenarnya, mata pelajaran Sejarah dapat memupuk jati diri, akal budi, semangat cintakan tanah air yang mendalam kepada setiap pelajar.Ia juga mempunyai kaitan dengan prinsip kedua dan ketiga dalam Rukun Negara iaitu melalui pelajaran Sejarah akan dapat memupuk kesetiaan kepada raja dan negara serta memahami keluhuran perlembagaan.

Kesetiaan kepada negara adalah jiwa kebangsaan kita. Melalui semangat kesetiaan dari sanubari seseorang itu akan lahir rasa setia kepada raja dan tanah airnya yang sekali gus mampu menyatukan kita semua daripada pelbagai rumpun menjadi satu bangsa bersatu padu.

Melalui pelajaran Sejarah juga seseorang itu akan memahami keluhuran perlembagaan negara yang memberi perlindungan kepada setiap anggota masyarakat di negara ini dari segi melindungi hak dan keistimewaan mereka sebagai warga negara. Selain itu, dapat memahami bagaimana negara ini mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

Perlembagaan juga meletakkan rasa tanggungjawab dan kewajipan warga negara yang mendukungnya.Sejajar dengan itu, setiap warga negara harus menghormati, menghargai serta memahami maksud dan kandungan serta latar belakang penggubalannya bagi memastikan Malaysia terus aman, makmur dan maju dalam segenap bidang.
10
Oleh sebab perlembagaan negara digubal berasaskan kesepakatan semua kaum di negara ini, maka ia merupakan kontrak sosial rakyat yang tidak boleh dipersoalkan dan diganggu gugat mana-mana pihak.

Perlembagaan negara juga adalah sumber rujukan kepada semua perkara berkaitan dengan sistem pemerintahan, perundangan, kedudukan dan hak sosio ekonomi rakyat Malaysia. Mereka yang tidak memahami sejarah saja akan mempertikaikannya.

Begitulah pentingnya mata pelajaran Sejarah di sekolah dapat mendidik, memberi kefahaman dan pengetahuan kepada rakyatnya apabila dewasa.

Dasar Pendidikan Kebangsaan telah terbukti dapat melahirkan masyarakat bersatu padu sehingga ke hari ini.

Melalui pendidikan juga dapat menyemai semangat patriotisme iaitu perasaan cinta terhadap tanah air yang dapat dididik dan diterapkan dalam hati dan jiwa pelajar.Perasaan ini perlu wujud dalam hati setiap individu rakyat Malaysia yang berbilang kaum.

Sehubungan itu, semangat patriotik dapat membentuk rakyat Malaysia yang bersatu padu dan harmoni.Melalui pendidikan, berdasarkan pengetahuan dan pemahaman aspek-aspek sejarah negara, pelajar dibimbing untuk menganalisis peristiwa dan menilai fakta sejarah secara rasional.

Daripada pemahaman dan penghayatan sejarah negara, pelajar dapat membina kekuatan dalam diri dengan semangat cintakan negara.

Mereka akan memberikan perkhidmatan dan bertugas di negara ini atas rasa cinta kepada negara yang tidak berbelah bagi.

Setiap rakyat Malaysia disarankan berusaha ke arah menjadikan negara maju mengikut acuan kita sendiri.Oleh itu, rakyat Malaysia perlu mempunyai pengetahuan mengenai sejarah dunia luar supaya berkemampuan untuk bersaing dengan mereka.
Dalam era globalisasi, persaingan tidak dapat dielakkan kerana kuasa politik dan ekonomi dikuasai orang yang berilmu dan bermaklumat.


Adalah penting pendidikan Sejarah memperkenalkan pelajar kepada dunia luar menerusi kurikulum futuristik yang turut menekankan kepada pendidikan bertaraf dunia yang berkait rapat dengan teknologi maklumat dan komunikasi.

Semangat daya tahan perlu disuburkan di jiwa pelajar.Menerusi kemahiran pembelajaran, pemahaman dan pemikiran sejarah berupaya menyediakan individu pelajar dalam mempelajari sesuatu yang baru, memahaminya dengan mendalam, dan memilih maklumat yang penting dan relevan.

Pendidikan Sejarah juga sebagai satu disiplin ilmu yang dinamik, dilakukan melalui pendekatan pembelajaran yang melibatkan pelajar secara aktif dan berterusan.Sehubungan itu, sejarah sebagai satu cabang ilmu perlu ditekankan sebagai ilmu yang praktikal dalam kehidupan seharian bagi memupuk dan membentuk rakyat Malaysia berjiwa patriotik.

Melalui pendidikan Sejarah, kita bukan saja mempelajari riwayat hidup mereka yang berjaya dan agung.Malah, kita juga belajar bagaimana sesebuah negara itu terbentuk dan merdeka seterusnya menjadikan rakyatnya hidup dalam aman dan sejahtera.

Apa yang kita pelajari daripada sejarah menunjukkan kepada kita yang kehidupan ini melalui liku dan zaman. Sejarah mengajar kita supaya tidak mengulangi kesilapan yang pernah kita alami sebelumnya.

Sejarah mestilah ditulis dengan tepat, benar dan tidak dipengaruhi politik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P), guru seharusnya dapat menjadikan Sejarah itu hidup, menyeronokkan dengan penggunaan teknologi terkini supaya minat pelajar terhadap sejarah dapat dipertingkatkan.
Selanjutnya, proses perpaduan kaum di Malaysia dapat ditingkatkan jika semua rakyat memahami dan menghayati sejarah negara ini. Perpaduan masyarakat juga dapat dikukuhkan bagi menghadapi cabaran baru yang sedang dihadapi akibat perubahan yang dibawa arus dan proses globalisasi.
















KESIMPULAN

Semua pihak hendaklah terus mempertingkatkan usaha-usaha menyokong kerajaan bagi menangani cabaran-cabaran terutamanya yang timbul akibat daripada kelembapan ekonomi global. Ini kerana tanpa sokongan padu semua pihak segala usaha tersebut tidak akan berjaya.
kap dan berkesan, SPRM perlu dianggotai oleh pegawai-pegawai yang profesional, berkemahiran dan berkeupayaan tinggi serta terlatih dalam pelbagai bidang.
Justeru, bagi menarik golongan tersebut berkhidmat, SPRM akan menyediakan skim perkhidmatan dan saraan yang lebih baik. Skim baru ini merupakan satu bentuk pengiktirafan kepada pegawai-pegawai SPRM di atas peranan dan sumbangan penting mereka dalam meningkatkan integriti dan membanteras jenayah rasuah di negara ini.
Penubuhan SPRM dan Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman adalah bukti bahawa kerajaan beta berpegang pada janji-janjinya. Beta yakin kedua-dua suruhanjaya tersebut akan meningkatkan lagi keyakinan masyarakat terhadap kredibiliti institusi-institusi tersebut. Langkah kerajaan ini akan memantapkan lagi agenda integriti negara dan seterusnya melonjakkan martabat negara di persada antarabangsa.
Modal insan yang berkualiti adalah amat penting kepada pembangunan negara. Justeru kerajaan beta telah memperkenalkan Dasar Asuhan dan Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, Pelan Induk Latihan Pembangunan Kemahiran Pekerja Malaysia dan Pelan Strategik Pendekatan Islam Hadhari bagi melahirkan modal insan yang berkualiti.
Usaha-usaha memperluaskan pendidikan prasekolah akan terus dilaksanakan bagi memastikan peluang pendidikan diperoleh lebih awal. Di samping itu, transformasi kurikulum prasekolah dan sekolah rendah akan dilaksanakan agar lebih relevan dengan keperluan semasa dan akan datang. Beta menyeru agar semua pihak termasuk ibu bapa, masyarakat, badan bukan kerajaan dan badan korporat memainkan peranan membantu para pendidik untuk melahirkan modal insan yang cemerlang sehingga ke peringkat antarabangsa.

Dalam bidang pengajian tinggi, kerajaan beta telah menetapkan 18 agenda utama untuk dilaksanakan di bawah tujuh teras Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara. Antara agenda yang sedang dilaksanakan termasuklah Program Apex, MyBrain 15, kepimpinan, pembelajaran sepanjang hayat, pengantarabangsaan dan beberapa program lain yang akan dapat melonjakkan institusi pengajian tinggi awam ke tahap yang lebih cemerlang. Ini selaras dengan matlamat untuk mewujudkan masyarakat Malaysia yang memiliki minda kelas pertama.
Pada masa ini, 41 peratus daripada penduduk negara terdiri daripada golongan belia iaitu yang berumur antara 15 hingga 39 tahun. Justeru, masa depan negara bergantung kepada golongan ini. Cabaran untuk membangunkan golongan belia kini bukan hanya tertumpu kepada aspek latihan dan pekerjaan, bahkan negara memerlukan belia yang berintegriti, memiliki identiti diri yang positif, berdaya saing dan cintakan negara. Sehubungan itu, jangkauan program kepada seluruh warga belia akan dipertingkatkan.
Dalam usaha membangunkan modal insan di luar bandar, Pelan Tindakan Desa yang bertujuan mengupayakan masyarakat luar bandar telah disediakan dengan penyertaan mereka sendiri.Beta menyeru agar semua agensi kerajaan bekerjasama bagi menjayakan pelan tersebut.
Kesihatan mental dan fizikal adalah anugerah Tuhan yang tidak ternilai.Rakyat yang sihat dan cergas boleh membawa kepada peningkatan produktiviti dan kesejahteraan keluarga. Justeru, beta menyeru supaya rakyat mengamalkan gaya hidup sihat, bersukan dan menjaga kebersihan persekitaran untuk menghindar penyakit-penyakit kronik dan berjangkit.
Menyedari pentingnya memelihara alam sekitar, kerajaan beta akan terus berusaha dengan lebih gigih untuk menangani kemerosotan kualiti udara, air dan persekitaran. Usaha-usaha ini memerlukan kerjasama semua pihak termasuk orang ramai, para pengusaha ladang dan ternakan serta pihak industri demi kesejahteraan generasi masa kini dan akan datang.
Sumber tenaga yang terjamin adalah salah satu ciri sebuah negara maju. Sehubungan ini, usaha-usaha akan diambil untuk memanjangkan jangka hayat bekalan sumber tenaga fosil sedia ada dan pada masa yang sama meningkatkan penggunaan sumber tenaga alternatif dan tenaga boleh diperbaharui.


Dalam bidang pengangkutan, kerajaan beta akan mempertingkatkan kecekapan pengangkutan awam serta berusaha mengurangkan kemalangan. Di samping itu, beta berharap para pengusaha pengangkutan awam akan terus meningkatkan kualiti perkhidmatan demi keselesaan dan keselamatan para penumpang.
Kerajaan beta juga prihatin kepada golongan kurang upaya dan telah mula mempertingkatkan kemudahan yang mesra orang kurang upaya. Penyediaan kemudahan tersebut akan dilaksanakan secara berperingkat. Di samping itu, kerajaan beta sedang mempertingkatkan penyertaan orang kurang upaya dalam sektor awam dengan memperuntukkan satu peratus daripada jumlah keseluruhan anggota perkhidmatan awam kepada mereka. Beta berharap langkah ini akan diikuti oleh sektor swasta.
Dasar luar Malaysia sentiasa berpaksikan kepada usaha mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara.Sepanjang tahun 2008, kepentingan Malaysia telah berjaya diketengahkan dan dilindungi di peringkat antarabangsa melalui amalan diplomasi yang proaktif.Malaysia telah berjaya mengukuhkan kerjasama dua hala dengan negara-negara sahabat dan kerjasama serantau terutamanya dengan ASEAN yang kini semakin maju sebagai badan serantau.
Kerjasama pelbagai hala dengan pertubuhan-pertubuhan antarabangsa juga bertambah mapan, terutama dengan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali, Pertubuhan Persidangan Islam, Komanwel serta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.Penglibatan Angkatan Tentera Malaysia dan Polis Diraja Malaysia sebagai pasukan pengaman di serata dunia mencerminkan iltizam Malaysia kepada keharmonian masyarakat antarabangsa.
Lawatan-lawatan negara ke Kemboja, Laos dan Kuwait yang telah beta sempurnakan pada tahun 2008 telah menyumbang kepada kesuburan, keakraban dan pengukuhan hubungan-hubungan ini. Beta berbangga suara dan pandangan Malaysia dalam menyorot kepentingan negara di peringkat antarabangsa sentiasa diiktiraf dan dihormati oleh masyarakat dunia.
Pengiktirafan dan penghormatan kepada negara dapat dilihat dengan kepercayaan masyarakat antarabangsa yang menyokong Malaysia menjayakan penganjuran beberapa mesyuarat, persidangan dan forum penting dunia pada tahun 2008 termasuklah Forum Ekonomi Dunia dan Sidang Kemuncak Lapan Negara-Negara Membangun. Ini melambangkan bahawa dasar-dasar Kerajaan Malaysia diterima pakai bagi kepentingan masyarakat antarabangsa.

Beta maklum dan menggalakkan daya usaha kerajaan beta untuk menjayakan beberapa lagi inisiatif antarabangsa pada tahun ini dalam bidang penerangan dan diplomasi awam, persidangan hak asasi manusia dan sebagainya.Beta menyeru semua petugas di Kedutaan Malaysia di seberang laut supaya bertugas sebagai satu pasukan di bawah panji negara.
Kerajaan beta sentiasa siap siaga berinteraksi supaya negara-negara kecil khususnya tidak ditindas atau ditekan atas alasan-alasan yang membelakangkan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia. Justeru, tindakan kerajaan beta mengadakan sidang khas Parlimen pada 12 Januari 2009 untuk mengutuk tindakan Israel menyerang rakyat Palestin di Semenanjung Gaza adalah tindakan yang tepat.
Beta berbangga di atas kejayaan Malaysia mengusulkan supaya diadakan sesi khas Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi membincangkan serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza.
Penghantaran bantuan perubatan serta sumbangan kewangan daripada rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama menyerlahkan lagi keprihatinan negara terhadap keamanan dan keselamatan sejagat amnya dan nasib rakyat Palestin khasnya.
Beta menyeru semua golongan rakyat tanpa mengira fahaman politik berganding bahu dan saling bekerjasama memajukan negara yang kita kasihi. Semua pihak termasuk parti-parti politik perlu menunjukkan kebijaksanaan dan kematangan serta tidak melakukan apa jua tindakan yang boleh menjejaskan kestabilan dan pembangunan ekonomi negara.
Beta ingin mengingatkan sekali lagi supaya Ahli-Ahli Yang Berhormat dapat menunjukkan perilaku yang terpuji dalam Dewan yang mulia ini. Beta amat sedih dengan perilaku yang tidak sepatutnya di kalangan Ahli-Ahli Yang Berhormat pada sesi yang lalu yang memberi imej negatif kepada Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan ini khususnya serta negara amnya. Sehubungan ini, semua Ahli Yang Berhormat hendaklah sentiasa mematuhi dan menghormati peraturan-peraturan Dewan.
Sebelum beta mengakhiri titah ini, beta maklum bahawa Mamanda Perdana Menteri akan menyerahkan kepimpinan negara kepada Mamanda Timbalan Perdana Menteri pada bulan hadapan setelah menerajui negara sejak 31 Oktober 2003.

Sehubungan ini, beta merakamkan penghargaan kepada Mamanda Perdana Menteri, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas kepimpinan dan segala sumbangan terutamanya dalam isu-isu pendemokrasian, akauntabiliti, integriti, pembanterasan rasuah, pengukuhan institusi kehakiman serta pendekatan Islam Hadhari.
Beta berharap peralihan kepimpinan ini akan berjalan lancar agar agenda pembangunan negara dapat diteruskan.
Akhir titah, beta juga merakamkan penghargaan kepada Ahli-Ahli Dewan Negara, Ahli-Ahli Dewan Rakyat, anggota-anggota perkhidmatan awam, Angkatan Tentera Malaysia, Polis Diraja Malaysia dan seluruh rakyat jelata yang telah bersama-sama menyumbang kepada pembangunan, kemakmuran serta keselamatan negara yang kita cintai.
Semua pihak hendaklah terus mempertingkatkan usaha-usaha menyokong kerajaan bagi menangani cabaran-cabaran terutamanya yang timbul akibat daripada kelembapan ekonomi global. Ini kerana tanpa sokongan padu semua pihak segala usaha tersebut tidak akan berjaya.



















1 ulasan:

  1. BCLC helps legal gambling sites reduce risk
    This week, Jtm 전라북도 출장마사지 announced that the COVID-19 pandemic had hit casinos in 경상남도 출장마사지 states like 시흥 출장샵 the state of Nevada, which has been one 거제 출장샵 of the 제주도 출장샵 worst COVID-19

    BalasPadam